DAP gopoh hingga sanggup bergabung dengan Umno

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan pimpinan tertinggi DAP terlalu gopoh dan tidak sabar kerana menyerang PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mustafa akui sejak akhir-akhir ini kenyataan pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng menunjukkan mereka gopoh dan tidak boleh bersabar.

"Saya hairan kenyataan Kit Siang, dia boleh keluarkan kenyataan selamatkan Malaysia dengan bergabung parti Umno untuk selamatkan Malaysia.

"Keluarkan kenyataan sanggup berkerjasama dengan Mahathir. Saya lagi hairan. Dalam sebulan lebih ini kenyataan seperti ini terlalu cepat. Dia kelihatan gopoh," ujar Mustafa dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.

Jelas Mustafa, mereka sudah gelabah kerana pandangan mereka tidak diterima oleh rakyat Malaysia, akhirnya untuk tutup kelemahan ini mereka terpaksa menyerang orang lain.

"Saya rasa dia serba salah, dia sudah halang dirinya sendiri. Saya nasihatkan tidak kena cakap kasar seperti itu. Jangan gopoh. Hudud ni dah lama," tambahnya.

Mustafa memberi respons berhubung dengan kritikan terbuka pimpinan DAP terhadap PAS khususnya dalam isu hudud yang mendapat liputan meluas dalam media. – HARAKAHDAILY 2/6/2015

Share on Myspace