Nik Abduh menang jawatan Ketua Pemuda PAS

| .

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia bagi sesi 2015-2017.

Beliau mendapat 429 undi berbanding penyandang, Suhaizan Kaiat yang mendapat 262 undi pada pemilihan sempena Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-56.

Kata Nik Abduh, undi yang diterima Suhaizan merupakan sempadan serta peringatan untuk beliau bertugas dengan lebih baik kepada Pemuda PAS.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada yang memilih saya pada pemilihan kali ini, jika sebelum ini saya mengumumkan untuk meninggalkan Dewan Pemuda PAS tapi kemenangan ini mengembalikan semula saya.

"Saya turut mengingati diri saya, dengan undi yang diterima Suhaizan ia merupakan satu peringatan kepada saya untuk bertanggungjawab kepada Pemuda PAS," katanya sejurus keputusan diumumkan.

Beliau akan menjelajah keseluruh negara bagi bertemu dengan seluruh pemuda di peringkat negeri dalam menyatu padu perpaduan sebelum ini.

Nik Abduh yang menerima kemenangan dengan rendah diri itu turut mengingatkan agar ahli tidak mengkritik serta mempersenda mereka yang tidak dipilih pada pemilihan kali ini. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Share on Myspace