Gabungan ulama, profesional terajui PAS 2015-2017

| .

KUALA SELANGOR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan barisan kepimpinan PAS Pusat yang baru dipilih adalah gabungan golongan ulama dan profesional.

"Lihat senarai mereka yang menang bukan sahaja ulama termasuk juga kalangan profesional.

"Misalnya pensyarah pusat pengajian tinggi Dr Abdul Hassan, Razman Zakaria bekas Pengarah Kastam dan Dr Fadhli Hassan," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, bukan semua ulama boleh diukur dengan memakai kopiah atau serban.

Menjawab pertanyaan wartawan, beliau berkata banyak pendekatan yang akan digunakan oleh PAS untuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

"Tahaluf siyasi dengan pelbagai parti, ini bukan perkara baru kerjasama terbuka untuk semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas barisan kepimpinan baru yang diterajui oleh golongan ulama serta bagaimana keyakinannya terhadap kepimpinan itu untuk terus berkerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Hari ini merupakan hari kedua Muktamar PAS Kali Ke-61 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Semalam, seramai 1,189 perwakilan membuang undi bagi memilih pimpinan PAS Pusat bagi sesi 2015-2017 - HARAKAHDAILY 5/6/2015

 

Share on Myspace