Pemuda PAS Selangor usaha bantu mangsa gempa, banjir

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Selangor sedang menyusun untuk mobilasi seluruh Pemuda negeri melalui Jabatan Amal agar dapat turun membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh sebahagian masyarakat yang ditimpa musibah.

Ketuanya, Syarhan Humaizi Halim berkata ini ekoran bencana gempa bumi yang melanda Sabah menyebabkan terkorban jiwa serta kemusnahan beberapa kawasan perumahan sementara beberapa kawasan perumahan di Melaka dinaiki air bah sehingga ke paras dada.

Katanya, segala sumbangan dan apa sahaja bentuk bantuan yang ingin dihulurkan boleh menghubungi Pegawai DPPNS, Azwan di talian 019-636 9014

"Mudah-mudahan segala amal serta keprihatinan kita diganjari Allah SWT," ujarnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 8/6/2015

Share on Myspace