Jika ulama, mufti bersatu perjuangan Islam berjaya

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Jika semua ulama termasuk mufti bersatu ada kemungkinan perjuangan Islam di negara ini akan berjaya.

Demikian ulasan Wan Mohd Raznan menerusi facebook Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, semalam.

Menurutnya, dunia tidak sempurna dan PAS wujud untuk melaksanakan pemerintahan Islam dalam kerangka demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

Tambahnya, sistem peninggalan British seperti undang-undang berasaskan civil dan common law tidak menepati kehendak Islam, sebagaimana juga sistem pendidikan, kewangan negara seperti GST yang juga tidak dipersetujui oleh Dr Maza hanya boleh diubah dengan kuasa pemerintahan.

Oleh itu, bagi beliau perlu ada parti yang memperjuangkannya seperti PAS.

"Tidak dinafi ada kekurangan tetapi jika semua ulama termasuk mufti bersatu kemungkinan untuk Islam berjaya akan ada, insya Allah," ujarnya. - HARAKAHDAILY 8/6/2015

Share on Myspace