Pendekatan PAS ikut realiti politik negara

| .

 

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menegaskan, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan akan memperkukuh pakatan tersebut seperti yang dipersetujui dalam muktamarnya.

Beliau berkata, pendekatan PAS mengikut realiti politik di negara ini.

"Cuma biasalah pendekatan-pendekatan kita mengikut kesesuaian realiti politik di Malaysia ini terutama yang menjadi tunjang kita ini isu-isu yang agak sensitif seperti Islam di mana kena ambil kira kerana kita rasa penolakan kepada BN telah sampai maksimum," ujarnya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, PAS kena lakukan lonjakan di kalangan orang-orang Melayu.

Ini katanya supaya perkara yang dieksploitasi oleh musuh yang akhirnya menjadi bebanan kepada PAS dapat dihindari.

Beliau juga berharap Pemuda yang menjadi sayap kepada parti sentiasa memastikan krisis diredakan dengan mendekati anak muda kerana anak muda biasanya melihat suatu isu itu secara luaran sahaja.

"Mereka hanya ambil input dari WhatsApp atau Facebook dan mereka jadikannya isu yang tidak matang. Maka sebab itu Pemuda mesti membuat satu perkara yang mengatasi bebanan untuk ‘tackle’ Gen-Y ini terutamanya," katanya. - HARAKAHDAILY 8/6/2015

Share on Myspace