Pertemuan Mahathir-Najib sudah terlambat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Saranan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin agar diadakan pertemuan empat mata juga sebenarnya sudah terlambat untuk menjernihkan hubungan antara Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia bukanlah cadangan yang baik dan bernas pada ketika ini," tulis Shahbudin Husin dalam blognya, hari ini.

Menruutnya, setelah berbulan-bulan, sama ada melalui percakapan dengan media, mengadakan program jelajah atau menulis di blognya, bekas Perdana Menteri itu hanya mahukan penjelasan berkaitan isu-isu yang dibangkitkannya, khususnya kehilangan wang 1MDB dan pembunuhan Altantuya.

Tambahnya, oleh kerana pertanyaannya tidak dijawab dan rakyat serta ahli Umno secara majoritinya juga sudah berpihak kepadanya, Tun Mahathir kini hanya mempunyai satu matlamat saja lagi iaitu memastikan Najib berundur sebelum PRU14 agar Umno dan BN dapat terus kekal berkuasa.

Mahathir juga, tambahnya sudah pun menyatakan tiada lagi pertemuan tertutup antaranya dengan Najib.

"Perkara ini sudah dinyatakan oleh Tun Mahathir sejak beberapa bulan lalu dan kini beliau hanya sedia berdebat atau berforum secara terbuka saja dengan Najib.

"Takkanlah menteri muda kelulusan Oxford ini lupa tentang hakikat tersebut?" soal beliau. - HARAKAHDAILY 8/6/2015

Share on Myspace