Sumbangan bantu mangsa gempa Sabah, banjir Melaka

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

KUALA LUMPUR: Tautan Rahmat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang banyak memfokuskan kerja kebajikan dan dakwah merayu orang ramai, korporat menyumbang kepada Dana Mangsa Banjir Melaka yang digerakkannya.

Bendaharinya, Ustaz Mohammad Ibrahim berkata, sumbangan itu untuk mangsa banjir Melaka dan gempa bumi Sabah.

Kata beliau, sumbangan itu sebagai tanda solidariti semua pihak terhadap mangsa banjir dan gempa bumi di Sabah khususnya mangsa yang kematian ahli keluarga serta hilang tempat berteduh.

"Ini masa mereka dilanda musibah, kita harus membantu mereka. Kita tidak tahu mungkin nanti hal yang sama meninpa kita," kata beliau yang lebih dikenali Ustad Mad Cina.

Segala sumbangan, kata beliau akan terus disalurkan kepada mangsa

Semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun MBB bernombor 562188310780 atas nama Tautan Rahmat atau menghubunginya di talian 013 4319717. - HARAKAHDAILY 8/6/2015

Share on Myspace