Empat jawatan utama Muslimat PAS diisi

| .

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) 2015-2017 selesai melantik empat jawatan utama dalam mesyuarat jawatankuasa kerja yang pertama.

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, beberapa perlantikan lain akan dibuat pada masa yang sesuai.

Berikut adalah saf kepimpinan DMPM yang diputuskan kelmarin:


Ketua
Nuridah Mohd Salleh


Timbalan Ketua
Dr. Rosni Adam


Naib Ketua
Salamiah Mohd Nor


Setiausaha
Kartini Ahmad


Bendahari
Dr. Che Faridah Ismail


Ketua Penerangan
Wan Hasrina Wan Hassan


Pengarah Pilihan raya
Noraini Hussin

Sementara itu, Nuridah berkata DMPM akan melakukan lawatan kerja ke Sabah bagi meninjau secara dekat keadaan gempa bumi yang berlaku baru-baru ini serta beberapa siri program lain dalam bulan Ramadhan.

"Kami memohon kekuatan daripada Allah SWT untuk menjalankan amanah dan kepercayaan daripada ahli-ahli PAS khususnya dan rakyat Malaysia secara umumnya.

"Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak, marilah sama-sama kita mempersiapkan diri untuk memasuki madrasah Ramadhan dan berlumba-lumba untuk membuat amal kebajikan bagi meraih pahala dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini," katanya.

Beliau turut merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada saf kepimpinan DMPM yang lepas. - HARAKAHDAILY 11/6/2015

Share on Myspace