Ramadhan: NGO perlu tampil anak yatim

| .

KOTA BHARU: Badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat disaran tampil membantu anak-anak yatim menjelang sambutan Ramadan tidak lama lagi.

Pengerusi Persatuan Isteri Wakil-wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan (Purnama), Datin Siti Zabedah Abdul Hamid berkata anak-anak yatim memerlukan sumbangan orang ramai bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Katanya masih ramai lagi anak yatim di kampung-kampung yang tinggal bersama keluarga memerlukan pembelaan.

“Saya mengalu-alukan program kebajikan untuk golongan anak yatim dan miskin sebagaimana yang dianjurkan Wanis hari ini.

“Program berkenaan menepati sasaran kerana golongan berkenaan perlu diberi pembelaan yang secukupnya,” katanya pada program berkenaan di Dewan Yik.

Seramai 100 anak yatim diraikan pada majlis Hi-Tea Charity Wanis. Anak-anak yatim dan miskin diundang dari Darul Hanan Kelab Balkis, Salimah, Siti Aminah, Darul Aitam Lilbanat dan Darul Huffaz.

Hadir sama Pengerusi Wanis, Zuridawati Hassan, Senator Khairiah Mohamed, isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Asmahani Hussin dan isteri-isteri anggota exco. - HARAKAHDAILY 11/6/2015

Share on Myspace