Krisis: Pemimpin politik perlu bertindak sebagai negarawan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pemimpin politik dari semua parti perlu bertindak sebagai seorang negarawan apabila berhadapan dengan krisis dengan memikirkan juga nasib rakyat.

Justeru, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar A Samad mengingatkan mereka supaya memikirkan kesan sebarang pergeseran kepada rakyat dan bukan hanya memikirkan kepentingan masing-masing.

"Kasihanilah rakyat yang dahagakan pembelaan ketika pelbagai faktor menghimpit kehidupan mereka," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau juga Exco Kerajaan Selangor juga mempersoalkan siapa yang hendak memikirkan nasib kakitangan MAS yang dibuang kerja.

"Kenapa GST seperti telah dilupakan walhal rakyat terus tertekan? Kenapa penentangan terhadap akta-akta zalim kurang kedengaran lagi?

"Rakyat masih menunggu akan pembelaan dari kita," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 13/6/2015

Share on Myspace