Najib teruk kerana warisi kepimpinan Mahathir?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dianggap teruk kerana beliau sebagai seorang pemimpin yang mewarisi kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Patut pun Najib sebagai salah seorang pewaris kepada kepimpinan beliau lebih teruk dari beliau," tulis Aspan Alias dalam blognya.

Baginya, benarlah ‘jika bapak kencing berdiri, anaknya kencing berlari’.

"Yang sengsara negara dan rakyat. Elok kita minta semua pemimpin yang berjawatan terutamanya dalam Kabinet dan Majlis Tertinggi Umno untuk membuka mulut mereka luas-luas.

"Kita mahu tengok apakah jenis lidah yang ada dalam mulut-mulut mereka ini," tulisnya lagi.

Beliau turut mengulas itu bekas Perdana Menteri itu yang semalam menyalahkan Sultan Iskandar yang semasa itu menjadi Yang di-Pertuan Agong, yang memecat Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara bersama dengan lima Hakim Mahkamah Agung yang lain.

"Kalau ada masa dan waktu yang cukup elok kita ‘revisit’ apa sebenarnya berlaku sehingga terpecatnya Hakim-Hakim Mahkamah Agung itu pada tahun 1988 dahulu," ujarnya. - HARAKAHDAILY 14/6/2015

Baca di sini

Share on Myspace