Kelantan bantu mangsa gempa di Sabah

| .

 

KOTA BHARU: Biar pun Kelantan belum pulih ekoran banjir besar akhir Disember lepas, namun ia tidak menghalang kerajaan negeri menghulur sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Sabah.

Kerajaan Kelantan turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Ranau, Sabah dan keluarga malim gunung.

Sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Ruslan Wan Hamat kepada keluarga mendiang Josepht Solengin, Valerian Juanis, Ricky Masirin dan Robbi.

Beliau berkata bantuan juga diberi bagi membaiki tiga rumah penduduk yang rosak di Ranau akibat gempa bumi.

Katanya, sumbangan sebanyak RM2,000 kepada setiap keluarga mangsa dan RM1,000 bagi membaiki rumah yang rosak.

“Mangsa-mangsa lain diberi sumbangan sebanyak RM9,000 yang diagihkan dalam bentuk barangan keperluan harian diurus Badan Perhubungan PAS Sabah dan Persatuan Anak Kelantan di Perantau Cawangan Sabah,” katanya di sini.

Program penyampaian sumbangan tersebut turut mendapat kerjasama ARC Sabah. - HARAKAHDAILY 16/6/2015

Share on Myspace