Kempen desak Najib hapuskan GST kad prabayar

| .

 

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kekecewaan apabila Menteri Kommunikasi dan Multimedia lebih memihak kepada syarikat Telco daripada membela rakyat yang mengundi beliau ke parlimen.

PKR tidak ada pilihan lain, maka terpaksa membuat kempen besar-besaran seluruh negara untuk mendesak Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyenaraikan kad top up ke senarai kadar sifar (zero-rated).

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, pihaknya akan turun padang untuk berkempen semasa bulan Ramadan ke pasar Ramadan dan merata tempat.

"Kami juga akan berkempen online di www.BantahGST.com dan mesasarkan 200,000 petisyen rakyat. Kami berharap anak muda dan pengguna kad pra-bayar menyertai kempen kami bersama demi berjuang untuk hak dan kebajikan sendiri.

"Ini hanya satu-satu caranya boleh meringankan beban anak muda dan golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada kad top up," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru berkata, sebelum ini Menteri KKM berjanji rakyat beli RM10 dapat RM10, malangnyadi dalam penggulungan semalm Menteri berkenaan tidak berkuasa untuk membolehkan syarikat Telco menerap GST 6% bahkan mengakui bahawa GST memang akan dikenakan ke atas kad top up.

"Jawapan Menteri Kommunikasi dan Multimedia sekaligus menghancurkan segala harapan rakyat bahawa GST ke atas kad top up boleh diserap oleh syarikat telco.

"Ini amat malang sekali kerana kerajaan BN telah menjanjikan kepada rakyat bahawa top-up card tidak akan dikenakan GST. Ini satu pusingan U (U-turn) yang amat besar," katanya.

Beliau kesal dengan tindakan kerajaan, kerana golongan anak muda, golongan berpendapatan rendah, golongan pesara dan warga emas akan dibebankan dengan GST 6%.

Namun katanya, menteri sebenarnya mempunyai kuasa dan boleh menetapkan kadar yang memihak kepada rakyat seperti dalam seksyen 199 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998:

"Walau apa pun seksyen 197, Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, campur tangan secara bebas atau dengan kerap dalam menentukan dan menetapkan kadar bagi mana-mana kemudahan atau perkhidmatan bersaing yang diberikan oleh seseorang pemberi yang disebut dalam subseksyen 197(1) atas sebab yang wajar, atau sebagaimana yang dikehendaki demi kepentingan awam.
Menteri akui mempunyai kuasa, tetapi Menteri enggan berbuat demikian," katanya.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye juga menyuarakan bahawa kenaikan harga kad top up bersama-sama oleh syarikat telco adalah satu pelanggaran seksyen 135 Akta Komunikasi dan Multimedia:

"Seseorang pemegang lesen tidak boleh membuat apa- apa persefahaman, perjanjian atau perkiraan, sama ada boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang atau tidak, yang membuat peruntukan tentang, penetapan kadar, perkongsian pasaran, pemulauan pembekal radas, atau
pemulauan pesaing lain. Malangnya menteri tidak menjawab persoalan YB Gopeng," soalnya. - HARAKAHDAILY 16/6/2015

Share on Myspace