Restoran 24 jam perlu lesen khas

| .

 

KOTA BHARU: Kedai makan yang mahu berniaga lebih daripada jam 12 malam perlu memohon lesen khas daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Antara tempat yang dibenarkan berniaga sehingga tempoh 24 jam tumpuan orang ramai iaitu Pasar Borong Wakaf Che Yeh, terminal bas, lokasi berdekatan hospital dan beberapa kawasan lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, peraturan itu bertujuan mengawal peningkatan gejala sosial.

“Selain itu bagi menjaga keharmonian keluarga di samping kebajikan pekerja supaya tidak pulang lewat ke rumah,” katanya menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) pada persidangan Dun hari ini.

Abdul Fattah berkata kerajaan negeri melalui MPKB-BRI akan memperkasakan peraturan kedai makan yang hanya beroperasi sehingga jam 12 malam.

Menurut beliau sekiranya ada peniaga tidak mematuhi peratura itu, lesen premis mereka akan ditarik balik. - HARAKAHDAILY 16/6/2015

Share on Myspace