Kapal MT Orkim Harmony dikesan di perairan Kemboja

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan Kemboja, menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis, beliau berkata pada masa ini kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia.

Beliau juga mengesahkan bahawa kapal itu telah ditukar nama dan catnya.

Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar. - Bernama

Share on Myspace