5 negara sambut Ramadhan dengan bom, kelaparan

HARAKAHDAILY | .

Lima negara di kawasan Timur Tengah kini harus menghadapi bulan Ramadhan tahun 1436 Hijriyah di tengah puncak musim panas, selain ancaman pengeboman, kelaparan dan kekeringan akibat perang yang melanda.

Di mulai dari Tunisia sebagai negara pelopor, kemudian di ikuti oleh Mesir, Syria, Libya, dan lain-lain, Musim Semi Arab tahun 2011 yang telah memasuki tahun kelima, justru menjadikan sejumlah negara Arab yang mengalami pergolakan kini menjadi medan perang saudara yang berpanjangan, dan menyebabkan krisis kemanusiaan.

Berikut negara-negara di kawasan yang akan menghadapi bulan suci Ramadhan di bawah ancaman bom dan kelaparan sebagaimana dipetik laman web Eramuslim.

Libya

Sejak tumbangnya rejim Muammar Gaddafi pada tahun 2011, justeru kekacauan politik dan konflik bersenjata melanda negara yang kaya dengan gas tersebut akibat pembahagian negara oleh 2 pemerintahan.

Pertama adalah pemerintah dan DPR yang diiktiraf secara antarabangsa di rantau Timur dengan pusatnya di bandar Tobruk, dan yang kedua adalah pemerintah dan DPR di bandar Tripoli di bawah kekuatan pejuang revolusi "Fajar Libya".

Menurut penganalisis politik kenamaan Jamal Ahmed mengatakan bahawa Libya kini berpecah belah menjadi 2 kumpulan, di mana Kerajaan Tobruk dan pasukan pemberontak Mayjen Haftar menginginkan pejuang revolusioner keluar dari kancah politik dan kerajaan.

Kekacauan ini belum ditambah dengan munculnya organisasi Negara Islam yang kini berjaya menguasai bandar Sirte dan pangkalan udara Alkarzabih, dan perang antara kumpulan bersenjata di bandar Derna sebelah Libya, yang menyebabkan arus pengungsian haram menuju Eropah melalui pantai utara di Libya.

Yaman 

Kerajaan baru revolusi di bawah Presiden Abed Rabbo Mansur Hadi yang sedang membebaskan diri dari penyokong-penyokong rejim terdahulu kini harus menerima kenyataan pahit digulingkan oleh pemberontak Syiah Houthi yang bekerjasama dengan pasukan Ali Abdullah Saleh.

Perebutan ibukota Sana'a pada akhir Januari lalu telah menjadi titik tolak negara-negara pakatan serantau Arab untuk melakukan campur tangan ketenteraan terhadap pemberontak Syiah Houthi, yang mahukan jalan damai dalam menyelesaikan konflik politik antara pihak yang bertelagah.

Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh penganalisis politik Yaman, Fuad Massad, mengatakan bahawa rampasan kuasa tentera Houthi telah menyebabkan orang awam di negara itu harus menghadapi bulan Ramadhan kali ini dengan bersabar akibat kekurangan makanan, air bersih, dan ketersediaan gas serta bahan bakar.

Tidak ada bantuan bagi orang awam di wilayah selatan Yaman baik dari dunia mahupun organisasi lain, selepas pemberontak Syiah Houthi dan pasukan rejim Ali Abdullah Saleh mula mengenakan sekatan terhadap pejuang selatan Yaman.

Ini belum ditambah pemaksaan kehendak kepada warga Sunni Yaman oleh pemberontak Syiah Houthi untuk menyokong mereka dengan memaksa kaum laki-laki ikut berjuang di bawah bendera Houthi.

Perjanjian gencatan senjata kumpulan yang bertelagah di Geneva, Switzerland, pada hari Selasa (16 Jun) kelmarin menjadi satu-satunya harapan bagi warga Yaman untuk dapat menjalankan ibadah bulan suci Ramadhan secara khusyuk.

Syria menjadi negara ketiga yang akan menjalani ibadah puasa Ramadhan di bawah hujan bom dan sekatan kemanusiaan oleh tentera Bashar Al-Assad di sejumlah wilayah yang dikuasai oleh pejuang revolusi Syria.

Akhabar The New York Times dalam pemberitaannya minggu lalu menyatakan bahawa gandum kini menjadi sumber konflik baru antara rejim Bashar Al-Assad dengan pasukan pejuang revolusi Syria.

Menurut akhbar asal Amerika Syarikat, saat ini pasukan pejuang revolusi sedang berkempen pembelian hasil tuaian gandum dari para petani untuk memenuhi keperluan bahan makanan bagi orang awam yang berada di wilayah pejuang revolusi.

Suatu langkah yang dianggap boleh mengancam usaha sekatan yang dilakukan selama bertahun-tahun oleh tentera kerajaan untuk melemahkan mental pejuang revolusi.

Perlu diketahui bahawa tahun 2015 ini adalah Ramadhan kelima bagi orang awam Syria menjalani ibadah puasa mereka dalam suasan perang yang berkecamuk sejak tahun 2011 lalu.

Dasar diskriminasi pemerintahan bekas Perdana Menteri Nouri Al-Maliki selama hampir 10 tahun berkuasa telah mengheret Iraq dalam perang mazhab Sunni-Syiah yang diwakili oleh Negara Islam dan Iran.

Seperti dipetik dari imam salah satu Masjid di Baghdad, Mohammed Saadoun, dasar diskriminasi mantan PM Nouri Al-Maliki terhadap penduduk Sunni Iraq telah mengheret negara itu dalam perang yang berpanjangan dan krisis ekonomi.

Sejumlah pemerhati menyatakan bahawa walaupun Iraq mempunyai banyak minyak, akan tetapi perang mazhab berpanjangan telah menyebabkan negara itu lebih bergantung kepada senjata daripada mensejahterakan rakyatnya.

Senada denga para pemerhati, Mohammed Saadoun yang menjadi imam di salah satu masjid di ibu negara mengatakan bahawa warga Sunni yang dahulunya menjadi majoriti di kawasan ibu negara Baghdad kini perlu menjalani segala macam ibadah dengan was-was, termasuk gangguan elektrik dan air di masjid-masjid milik warga Sunni di wilayah ibukota.

"Lebih-lebih dengan semakin banyaknya militia Syiah yang kini banyak tersebar di kawasan yang dikuasai oleh kerajaan, yang mensasarkan warga Sunni menjadi bulan-bulanan mereka apabila tidak berjaya mengalahkan pejuang Negara Islam," ujarnya kepada Rassd.

Gaza

Jika ada umat Islam yang dikategorikan sebagai orang sabar di dunia, maka gelaran ini pantas disematkan kepada Muslim Gaza yang harus menjalani ibadah puasa di tengah-tengah ancaman kekurangan bahan makanan akibat sekatan zionis Israel sejak akhir tahun 2006 lalu.

Menurut data yang diperoleh daripada laporan hak asasi manusia tahun 2014 menyatakan bahawa sekatan berpanjangan di Gaza telah menyebabkan lebih dari separuh rakyat Palestin di wilayah ini hidup di bawah garis kemiskinan.

Menurut catatan PBB, hampir 60% penduduk di rantau ini kehilangan pekerjaan mereka akibat sekatan dan pusat-pusat ekonomi yang hancur dalam pencerobohan Zionis Israel pada pertengahan tahun 2014.

Tidak sampai di sana, penderitaan warga Gaza juga diburukkan lagi dengan Mesir yang merupakan majoriti negara Muslim juga terikut menyekat Gaza dengan menutup persempadanan Rafah, sejak rampasan kuasa terhadap Presiden Muhammad Mursi pada 3 Julai 2013 lalu.

Share on Myspace