11 aktivis bebas sempena Ramadhan, bulan rahmat

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kegembiraan dan merafak sembah ucapan terima kasih kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang telah sudi memberikan pengampunan diraja sekaligus membawa kepada pembebasan 11 aktivis PAS dari Penjara Tapah, malam tadi.

Beliau berkata, pengampunan diraja sempena menyambut Ramadhan adalah kerana kerahmatan dan keberkatan diperolehi dalam bulan ini.

"Pengampunan terhadap 11 aktivis yang terlibat dalam kes demonstrasi bantahan rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) adalah suatu yang kita tunggu serta harapkan.

"Saya memgucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas khabar gembira pada bermulanya 1 Ramadhan, bulan berkat lagi rahmat ini," katanya.

Beliau turut meminta semua ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat terus beristiqamah melalui jihad yang damai dan demokratik bagi menentang kezaliman Umno BN.

"Saya minta semua parti di dalam Pakatan Rakyat bersatu dalam menentang kezaliman Umno BN.

"Kita jihad dalam konsep damai agar dapat membebaskan negara dari belenggu rejin yang zalim, bongkak dan sombong," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 19/6/2015

Share on Myspace