Pemuda PAS Perak sedia taja pendidikan anak aktivis

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak menjunjung kasih kepada Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas perkenan mengurniakan pengampunan diraja kepada 11 aktivis PAS seterusnya membebaskan dari penjara.

Ketuanya, Mohd Akmal Kamarudin berkata, dalam memastikan kebajikan ahli keluarga terbela, pihaknya bersedia untuk menaja pendidikan anak-anak mereka sama ada peringkat rendah atau menengah di Maahad Tarbiatul Ajyal, Pantai Remis.

"Semoga pengurniaan pengampunan pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini terus mengangkat kedaulatan institusi Kesultanan Perak di mata seluruh rakyat Perak khususnya," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Sebelas aktivis itu telah dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 bagi setiap seorang pada 18 Mac 2015 yang lalu oleh Mahkamah Rayuan. - HARAKAHDAILY 19/6/2015

Share on Myspace