Muslimah berani baling kasut kepada delegasi Houthi

HARAKAHDAILY | .

Seorang Muslimah yang berani tiba-tiba melemparkan kasut kepada delegasi pemberontak Syiah Houthi yang sedang mengadakan sidang akhbar di bandar Geneva, Switzerland pada hari Khamis (18 Jun).

Dalam sumpah seranahnya, Muslimah tersebut menggambarkan pemberontak Syiah Houthi sebagai penjahat dan jenayah yang telah membantai anak-anak kecil di Yaman, sebelum Arab Saudi menjalankan operasi ketenteraan serantau Arab pada 26 Mac lalu, lapor laman web Eramuslim.

Persidangan akhbar berhenti sejenak setelah delegasi yang dipimpin oleh tokoh syiah Hamza al-Huthi terkejut dengan serangan tersebut dan tak mampu berkata apa-apa terhadap Muslimah yang berani penyokong pemerintahan sah Yaman.

Video 

Share on Myspace