PAS Selangor bentuk jawatankuasa sesi 2015-2017

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri bagi sesi 2015-2017.

Beliau menggantikan Sallehen Mukhyi yang telah dipilih sebagai AJK PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor, 4 hingga 6 Jun lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, Timbalan Speaker Selangor, Shafei Ngah kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 sementara Ustaz Dusuki Abdul Rani dilantik Timbalan Pesuruhjaya 3.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dikekalkan sebagai setiausaha manakala bendahari diamanahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan pula dilantik Pengarah Pilihan raya dan Setiausaha PAS Kawasan Klang, Mohamad Prasad Hanif sebagai Ketua Penerangan.

Ketua-ketua Dewan yang dipilih pada muktamar masing-masing sebelum ini terdiri daripada Ustaz Rizuan Rahmat (Ulamak), Syarhan Humaizi Abdul Halim (Pemuda) dan Wan Hasrina Wan Hassan (Muslimat). - HARAKAHDAILY 21/6/2015

 

Share on Myspace