AirAsia promosi tempat duduk percuma

HARAKAHDAILY | .

SEPANG: Promosi tempat duduk percuma AirAsia yang dinanti-nantikan ramai kini kembali dengan 3 juta tempat duduk promosi tersedia bagi penerbangan AirAsia dan AirAsia X terpilih dari jaringan penerbangan terluasnya.

Menurut Ketua Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh, promosi dengan tambang termasuk semua bermula dari serendah RM9.54 termasuk cukai dan yuran yang tertakluk bagi penerbangan sehala.

"Bagi promosi tempat duduk percuma, tetamu hanya perlu membayar cukai dan yuran yang tertakluk sahaja dan tempat duduk adalah percuma," ujarnya.

Katanya, kerusi promo itu tersedia untuk tempahan bermula dari 22 hingga 28 Jun 2015 bagi tempoh perjalanan dari 15 Februari 2016 hingga 31 Ogos 2016.

Tambahnya, tempat duduk percuma tersedia bagi pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa seperti Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi, Penang, Terengganu, Kuching, Miri, Ho Chi Minh, Surat Thani, Lombok, Bangkok, Singapura, Jakarta, Xi’an dan banyak lagi destinasi lain dari Kuala Lumpur; termasuk pelbagai destinasi menarik dari hab AirAsia yang lain di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

Promosi tambang termasuk semua bermula serendah dari RM129 sehala juga tersedia bagi destinasi seperti Perth, Melbourne, Chengdu, Seoul dan Tokyo, juga boleh menikmati kemewahan berpatutan dengan Flatbed kelas Bisnes AirAsia X yang telah memenangi pelbagai anugerah dengan tambang termasuk semua bermula dari RM699 sehala ke Perth, Xi'an, Taipei, Osaka dan Colombo dari Kuala Lumpur. - HARAKAHDAILY 21/6/2015

Share on Myspace