Briged Al-Qassam serang 2 warga Zionis Israel

HARAKAHDAILY | .

Briged Izzuddin Al-Qassam mengumumkan bertanggungjawab atas serangan berdarah terhadap 2 warga Zionis Israel di sebelah barat Ramallah pada hari Jumaat (19 Jun) pagi waktu tempatan, lapor laman web Eramuslim.

Seperti dilapor berita Aljazeera dari pengumuman rasmi cawangan Briged Izzuddin Al-Qassam di wilayah Tebing Barat menyatakan bahawa mereka bertanggungjawab atas tindakan serangan dekat pemukiman Doph Israel yang membunuh seorang warga Zionis Israel dan mencederakan seorang lain.

Al-Qassam menjelaskan bahawa serangan tersebut bertujuan untuk bertindak balas kepada operasi penangkapan dan pembunuhan warga Palestin yang dilakukan oleh tentera Zionis Israel dalam masa satu bulan terakhir.

Tercatat Izzuddin bin Gaza dari bandar Jenin dan Abdullah Ghonimat adalah 2 warga Palestin terakhir yang syahid dibunuh tentera Zionis Israel menjelang ketibaan bulan Ramadhan 1436 Hijriyah.

Share on Myspace