Beruntunglah orang dapat merentasi ujian ini - Idris

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Anggota parti daripada pemimpin hingga ahli biasa mesti ditarbiah dengan ilmu pengetahuan, kesabaran, ketekunan, bertawakal dan mengharapkan balasan daripada Allah SWT.

"Ia merupakan bekalan untuk menghadapi cabaran dalaman atau luaran sebagaimana mereka yang terdahulu lalui," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook.

Menurutnya, kehidupan di dunia penuh dugaan dan ujian.

"Ada yang diuji dengan senang, dengan susah, diuji dengan menang, diuji dengan kalah, diuji dengan jawatan, diuji dengan pangkat, diuji dengan fitnah, diuji dengan pujian.

"Beruntunglah orang yang dapat merentasi ujian ini," tambah Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. - HARAKAHDAILY 22/6/2015

Share on Myspace