Turki rancang beri biasiswa kepada 40,000 pelajar Gaza

HARAKAHDAILY | .

Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Turki sedang merancang untuk memberikan 40,000 biasiswa kepada para pelajar Palestin dari Jalur Gaza untuk belajar di sekolah-sekolah Islam Turki, sebagaimana dilapor oleh Memo, Sabtu (20 Jun).

Dipetik dari akhbar Felesteen, jawatankuasa itu ketika ini sedang menemuramah para pelajar dari Gaza untuk bersiap melakukan perjalanan ke Turki.

Pengerusi jawatankuasa itu, Selçuk Öztürk, mengatakan bahawa tujuannya adalah untuk membantu rakyat Gaza yang berada dalam pengepungan.

"Bekerja sama dengan Menteri Pendidikan, kami ketika ini sedang menemuramah sebanyak 40,000 pelajar dari Gaza yang dijangka akan menerima biasiswa untuk belajar di Turki," katanya dipetik laman web Eramuslim.

Öztürk mengatakan bahawa biasiswa itu akan menanggung kos belajar selama 4 tahun di sekolah-sekolah menengah. Dia juga menambah bahawa para pelajar itu akan dapat memasuki universiti-universiti Turki setelah lulus dari sekolah.

Tahun depan, akan ada lagi 40,000 biasiswa yang lain. Kos pesawat pulang pergi dari Gaza ke Turki dan kos penginapan yang lain akan ditanggung oleh biasiswa itu.

Share on Myspace