Saya tak kata keluar PAS kafir - Ustaz Norazli

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Norazli Musa atau lebih dikenali sebagai Ustaz Taliban menafikan beliau ada menyebut keluar dari PAS boleh menjadi kafir.

Beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini berkata, ucapan beliau pada program tazkirah Ramadan Masjid Lama Jelai Batu Kurau, Perak hanya merujuk kepada keluar jemaah Islam dan bukannya keluar PAS.

"Saya bercakap merujuk kepada sebuah hadis nabi, aoabila berjemaah hendaklah duduk dalam jemaah, taat dengan pemimpin dan jihad di dalam jalan Allah.

"Saya hanya berkata keluar jemaah Islam dan tidak mengatakan keluar PAS akan kafir, apa yang disebarkan itu tidak betul (fitnah), saya menafikannya dan kalau ada rakaman sila buktikan," katanya.

Beliau menjelaskan sebaran fitnah itu turut memberi kesan kepada dirinya apatah lagi setelah beliau dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Norazli yang juga akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang telah menyebarkan fitnah tersebut di laman sosial.

"Sebelum Tindakan undang-undang dibuat oleh peguam, saya akan membuat laporan polis terlebih dahulu pada hari ini," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 23/6/2015

Share on Myspace