MB jamin Selangor kekal stabil

| .

KUALA LUMPUR: Selangor memberi jaminan akan terus mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri di sebalik krisis yang berlaku antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata fokus kini diberi untuk memenuhi aspirasi rakyat melalui penjanaan pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial.

“DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil maklum penjelasan yang saya berikan dan baginda mahu Kerajaan Negeri terus stabil untuk membangunkan Selangor dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Azmin berkata, beliau turut memaklumkan kepada baginda berkenaan kemajuan memuktamadkan Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor.

Beliau mengadakan pertemuan bersama Sultan Selangor untuk memaklumkan berkenaan urusan kerajaan sebelum mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), pada 22 Jun lalu. - HARAKAHDAILY 23/6/2015

Share on Myspace