Katalah 'PAS telah berpuluh tahun memilih saya'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, di antara kelebihan Allah (fadhlullah) untuk PAS ialah berterusannya proses penapisan.

Menurutnya, proses itu dari cawangan-cawangan di merata pelosok negara sehinggalah ke peringkat tertinggi PAS dalam kalangan barisan kepimpinan utama.

Tambah beliau, ia bukan sekadar menapis yang buruk daripada yang baik, bahkan yang tidak sesuai daripada yang sesuai untuk jamaah.

Begitulah, jelasnya Allah menjaga PAS sebagai jamaah yang dipilih untuk menjaga agama dan umatnya.

"Maka bersyukurlah kerana hati kita dilapangkan oleh Allah untuk bersama menyokong dan mendukung PAS semasa susah dan senang.

"Selepas mengenal kelebihan Allah untuk PAS, maka tuntutlah kelebihan Allah untuk kita, iaitu Allah memilih kita untuk menjadi tentera kepada jamaah Islam yang berjuang demi agama-Nya," kayanya menerusi laman facebook.

Justeru, ujarnya jangan kata "saya telah berpuluh tahun berjuang untuk PAS".

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah tetapi katalah "PAS telah berpuluh tahun menjaga dan memilih saya berjuang untuknya". - HARAKAHDAILY 24/6/2015

Share on Myspace