Gaza Freedom Flotilla Ketiga belayar dari Greece

HARAKAHDAILY | .

GAZA Freedom Flotilla Ketiga akan mula belayar dari Greece ke Gaza, demikian maklumat dari Anadolu Agency, semalam.

Ketua konvoi, Dr Issam Youssef berkata bahawa armada akan belayar ke Gaza melalui Vienna meskipun Israel mengancam akan menghalang konvoi perdamaian tersebut.

Youssef mendesak masyarakat antarabangsa untuk ikut berperanan dan melindungi armada Flotilla dari setiap serangan Israel.

Memetik laporan Eramuslim, bekas presiden Tunisia Dr Mohamed al-Moncef al-Marzouqi dan sejumlah aktivis Arab dan Eropah telah tiba di Greece untuk bergabung dengan konvoi itu.

Sejak tahun 2007, Israel telah mengenakan sekatan laut yang ketat di Jalur Gaza.

1.8 juta penduduk bandar Palestin itu telah kehilangan banyak keperluan mereka yang paling asas di bawah sekatan selama satu dekad.

Gaza Freedom Flotilla yang pertama melakukan ekspedisi pada Mei 2010 yang berakhir dengan tragedi pasukan komando Israel membunuh sembilan warga Turki dan seorang warga Amerika yang berasal dari Turki dalam serangan di kapal armada, Mavi Marmara. Yang lain meninggal di sebuah hospital di Turki pada 2014 selepas mengalami koma selama hampir empat tahun.

Pada bulan Julai dan Ogos 2014, lebih daripada 2,100 warga Palestin di Jalur Gaza terbunuh dan 11,000 lagi cedera yang kebanyakannya perempuan dan kanak-kanak selama 51 hari Operasi Protective Edge Israel.

Share on Myspace