Banjir: Lebih 200 rumah dibaiki di Dun Dabong

| .

 

DABONG: Sehingga kini sebanyak 202 rumah penduduk di Dun Dabong yang rosak akibat banjir akhir tahun lepas dibaiki kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata sebanyak RM500 hingga RM10,000 diberi bagi membaik pulih setiap rumah mangsa banjir.

Katanya, peruntukan diberi berdasar kepada jumlah kerosakan rumah mereka.

“Kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM342,960 bagi membaik pulih rumah-rumah terbabit yang rosak tidak sepenuhnya di Dun Dabong,” katanya ketika ditemui selepas melawat kerja-kerja baik pulih rumah penduduk di Dabong kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Penyelia Dun Dabong, Ku Mohd Zaki Ku Hussin.

Mohd Amar berkata rumah-rumah penduduk yang rosak akibat banjir mulai dibaik pulih bermula Februari lalu.

Share on Myspace