Mesir rancang keluar semua buku Ikhwan dari masjid

HARAKAHDAILY | .

KERAJAAN Mesir mengatakan bahawa mereka merancang akan mengeluarkan semua buku yang berkaitan dengan Ikhwanul Muslimin dari masjid.

Menurut pihak berkuasa Mesir, buku-buku itu menghasut ekstremisme. Demikian dilapor Anadolu Agency, semalam.

Menteri Keagamaan Mesir Gaber Tayee mengatakan bahawa pihaknya merancang untuk menghapuskan semua buku yang menghasut ekstremisme dari perpustakaan masjid.

Tayee berkata kementerian telah diperintahkan untuk menyemak semua buku di perpustakaan masjid untuk memastikan tidak bertentangan dengan toleransi Islam.

"Setiap buku yang ditulis oleh seorang Salafi atau anggota Ikhwanul Muslimin atau gamaa Islamiyah akan dikeluarkan," katanya dipetik laman Islampos.

Seorang pegawai kementerian sebelum ini mengatakan bahawa buku yang ditulis oleh bekas pemimpin Ikhwanul Sayyid Qutb dan ulama terkemuka Yusuf al-Qaradawi telah ditemui di beberapa perpustakaan masjid.

Ikhwanul Muslimin telah diisytiharkan sebagai 'organisasi pengganas' oleh kerajaan Mesir pada akhir 2013.

Share on Myspace