Kerajaan Kelantan bayar bonus raya

| .

 

KOTA BHARU: Mengambil kira bebanan kewangan penjawat terkesan ekoran peningkatan kos kehidupan sekarang, kerajaan Kelantan turut mengumumkan bonus kepada penjawat awamnya.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, Kelantan juga akan membayar bonus Hari Raya minimum sebanyak RM500.

Katanya, kakitangannya gred 54 ke bawah layak mendapat bonus tersebut.

“Bonus diberikan dengan harapan dapat mengurangkan bebanan kewangan kakitangan awam negeri menyambut Ramadan sekarang,” ujarnya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Pada 17 Jun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus raya kepada kakitangan awam sebanyak RM500 bagi gred 54 dan ke bawah.

Ahmad bagaimanapun tidak menyatakan jumlah peruntukan yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri bagi membayar bonus raya tahun ini.

Tahun lepas difahamkan kerajaan negeri meperuntukkan lebih RM2.5 juta bagi membayar bonus raya lebih 10,000 kakitangan awamnya. - HARAKAHDAILY 24/6/2015

Share on Myspace