Exco dilantik timbalan PJ, setiausaha PAS Kelantan

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan yang baru menggantikan Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat.

Manakala seorang lagi anggota Exco, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan pula dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya III.

Perkara itu diumum Pesuruhjaya Negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan di JKR 10 petang semalam.

Turut kekal pada sesi 2015-2017 iaitu Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Johari Mat, Ketua Penerangan, Datuk Nassuruddin Daud dan Bendahari, Datuk Hanifa Ahmad.

Zulkifli pula dilantik sebagai Pilihan Raya PAS Kelantan menggantikan Datuk Takiyuddin Hassan yang kini Setiausaha Agung PAS.

Manakala Penolong Setiasaha I, Dr Wan Nik Wan Yussof, Penolong Setiausaha II, Ustaz Mohd Asri Mohd Zain dan Penolong Setiausaha III, Wan Ruslan Wan Hamat.

Setiausaha Kerja PAS Negeri, Mohd Yassin Yusof berkata, enam anggota Perhubungan PAS Kelantan baru yang dilantik iaitu Datuk Abdullah Ya’kub, Mumtaz Mohd Nawi, Nik Bahrum Nik Abdullah, Datuk Anuar Tan Abdullah, Ustaz Mohd Asri Mat Daud dan Dr Ramli Mamat. - HARAKAHDAILY 24/6/2015

Share on Myspace