Pemain tengah Arsenal hafal 19 juzuk al-Quran

HARAKAHDAILY | .

ABOU DIABY, salah satu pemain tengah Arsenal dikenali sebagai seorang Muslim yang taat beribadah.

Satu lagi yang mengagumkan ternyata pemain bola sepak berasal dari Perancis ini juga seorang penghafal Al-Quran.

Hal ini diketahui dari akaun twitter salah seorang pengajar Ebrahim college di London, Mufti Muhammad (Mufti_Muhammad). "In conversation with Arsenal Footballer Abu Diaby @ Ebrahim college dinner tonight, who s memorised 19 ajza of Qur'an! (Dalam bual bersama pemain Arsenal Abu Diaby di Ebrahim College saat makan malam, yang mana dia hafal 19 juz Al-Quran!)", sentil Mufti Muhammad kepada Diaby.

Bagi Diaby, melawat Ebrahim College adalah perkara biasa, kerana dia merasa selesa berada dalam komunitinya di sana.

Diaby disebut-sebut juga menjadi salah satu penyumbang tempat sekolah Islam yang terkenal di ibu kota Inggeris itu, lapor laman Eramuslim.

Ebrahim College juga mendidik dan membimbing para mualaf yang ingin mendalami ajaran agama Islam.

Selain itu, Diaby juga aktif dalam pelbagai kegiatan sosial, salah satunya pada malam amal untuk etnik Muslim Rohingya.

Klip video Abou Diaby tilawah di hadapan pemain lain.

Share on Myspace