Terasa kerdil banyak lagi tugas di lapangan - Idris

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Terasa kerdil bahawa banyak lagi tugas di medan lapangan," tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook.

Beliau menyatakan demikian selepas menyantuni dan memberi makan kepada golongan geladangan di sekitar Pudu Raya, Masjid Negara dan Pasar Seni.

Turut serta dalam program anjuran Harakah yang bermula jam 1 hingga 3 pagi tadi itu ialah Bendahari PAS Pusat, Mohamad Noor Mohamad, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohamad Ibrahim dan Setiausaha Khas Presiden PAS, Kamaruzaman Muhammad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut melahirkan rasa sedih melihat rakyat yang tidak ada rumah yang terpaksa tidur di merata-rata jalan. - HARAKAHDAILY 26/6/2015

Share on Myspace