Parti baru: Mohd Sabu ucap terima kasih atas teguran

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan peringatan jikalau berhasrat untuk menubuhkan parti baru.

Berikut tulisan beliau menerusi facebook malam ini.

Saya dan kami mengalu-alukan sebarang teguran, peringatan dan amaran daripada Mursyidul Am PAS, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Pemuda dan seluruh ahli jawatankuasa PAS dalam hal memperingati saya dan rakan-rakan jikalau berhasrat untuk menubuhkan parti baru di Malaysia ini.

Sebarang peringatan, teguran dan kecaman, saya dan rakan-rakan akan mengambil kira dan akan bincang secara halus dan terperinci sebelum langkah-langkah seterusnya diambil.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, daripada Mursyidul Am hinggalah ke bawah yang memberikan peringatan kepada kami dalam hal untuk sama ada menubuhkan parti yang lain ataupun mengambil langkah-langkah yang lain ke arah untuk mempertahankan Islam dan masyarakatnya dan rakyat Malaysia secara amnya. - HARAKAHDAILY 26/6/2015

Share on Myspace