Pesawat tanpa pemandu tembusi pertahanan Israel

HARAKAHDAILY | .

Sebuah pesawat tanpa pemandu berjaya menembusi pertahanan Israel. Pesawat itu dilaporkan telah melanggar pagar sempadan Israel.

Seperti dipetik laman Jerusalem Post hari ini, tentera pertahanan Israel atau Israel Defense Force melaporkan terdapat pesawat yang tidak dipandu manusia telah melanggar dinding sempadan Israel.

Menurut mereka, pihak Israel belum mengetahui motif adanya pesawat tersebut. Bunyi brek pesawat ini sendiri terjadi pada Khamis (25 Jun).

IDF menyatakan mereka telah mengenal pasti pesawat tanpa pemandu di wilayah udara yang jatuh di antara Gaza dan Israel itu.

Mereka juga mengaku telah mengerahkan sejumlah pasukan ke daerah yang dinilai menjadi sumber pesawat tersebut.

Menurut mereka, kejadian ini perlu diambil tindakan memandangkan pesawat tersebut telah cuba untuk menembusi sempadan Israel.

Untuk itu, sejumlah pihak terutama para tentera diturunkan untuk menganalisa kejadian tersebut.

Salah satu pihak tentera Israel berkata, pesawat tanpa pemandu itu berkuran kecil. Menurutnya, kehadiran pesawat itu semasa di udara sebenarnya sudah terdetksi oleh IDF. Menurutnya, tentera udara telah berjaya mengesan dan mengagalkan pesawat itu untuk masuk ke wilayah Israel.

Pihak tentera Israel juga mengaku masih belum mengetahui pihak yang bertanggungjawab atas kejadian ini.

"Masih belum jelas sama ada Hamas melancarkan pesawat ini sebagai sebahagian daripada percubaan mereka," tegas beliau dipetik laman web Eramuslim.

Menurut pihak tentera, kejadian pesawat tanpa pemandu ini bukan peristiwa pertama kalinya di Israel. Sebelum ini, pada Julai 2014, selama operasi perlindungan perbatasan, sebuah pesawat tanpa pemandu dari Gaza berjaya ditembak jatuh di udara oleh tentera Israel.

Share on Myspace