Sertai jamaah dalam hati mesti percaya dasar jamaah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Mereka yang menyertai jamaah semestinya ada kepercayaan di dalam hatinya tentang dasar jamaah.

Demikian tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi lama sosial facebook.

Menurutnya, mereka bersedia untuk ditarbiah kerana mereka sedar dengan tarbiah akan mengekalkan kefahaman dan penghayatan yang sebenar kepada jamaah.

"Kita harus sedar bahawa matlamat perjuangan PAS sangat sukar.

"Kita mesti mengharungi bermacam-macam onak dan duri dan berbagai-bagai ujian yang mesti dilalui," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Ini, kata beliau merupakan sunnah perjuangan yang dilalui oleh orang-orang yang terdahulu. - HARAKAHDAILY 28/6/2015

Share on Myspace