Pelbagai penyiksaan Israel terhadap tawanan Palestin

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pusat meneliti hal-hal tawanan menganggap kelicikan Israel bersetuju dengan UU memberi makan paksa kepada tawanan yang mogok, sebagai cara baru penyiksaan terhadap para tawanan Palestin.

Dalam laporan, penyiksaan yang dilakukan penjajah Israel terhadap para tawanan Palestin dilakukan secara teratur, dengan melibatkan pihak pengadilan yang mengizinkan penggunaan pelbagai cara.

Dipetik laman Palestin Kini, itu adalah cara untuk mendapatkan maklumat termasuk melibatkan pihak media yang menegaskan adanya kerjasama antara pihak keamanan untuk menyiksa para tawanan Palestin.

Menurut Riyadh Ashqar, Ketua Bahagian Media Pusat Peneliti Urusan Tawanan, penyiksa Israel melakukan penyeksaan atas nama hukum, dan Pihak Perisik Shabak sesuka hati menyiksa tanpa menghormati HAM.

Share on Myspace