Mari belajar pepatah Arab, anjing dan serigala

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang memetik pepatah Arab yang menyebut tentang anjing dan serigala mendapat perhatian pelbagai pihak dan media.

Ekoran daripada itu, Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Daud mengajak orang ramai untuk belajar dan memahami Bahasa Arab untuk menyelami apakah sebenarnya yang mahu disampaikan oleh Presiden PAS.

Berikut tulisan beliau dalam facebooknya Asri ed-Diwanie;

Mari belajar Bahasa Arab.

دع القافلة تسير والكلاب تنبح واترك الذئاب تعوي

(Biarkan kabilah meneruskan perjalanannya ketika anjing sedang menyalak dan usah dihiraukan juga dengan salakan serigala)

دع الكلاب تنبح و الذئاب تعوي والقافلة تسير

(Biarkan anjing dan serigala menyalak, namun kabilah mesti meneruskan perjalanan ke destinasinya)

Ia adalah perumpamaan arab yang menyatakan tentang perlunya sikap konsisten dan kuat semangat dalam meneruskan sesuatu pekerjaan walaupun menghadapi pelbagai halangan dan cabaran.

Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada menyebut pepatah ini dalam ceramahnya kelmarin, melambangkan ketinggian ilmu sastera yang dimilikinya dalam membuat perumpamaan semasa. Bahawa perjuangan melaksanakan tuntutan Islam wajib diteruskan walaupun menghadapi halangan golongan yang menghalang. – HARAKAHDAILY 29/6/2015

Share on Myspace