Ikut berbuka puasa, 220 warga Filipina peluk Islam

HARAKAHDAILY | .

Kira-kira 220 warga Filipina memeluk Islam setelah ikut berbuka puasa dengan umat Islam di Arab Saudi.

Para pekerja di sebuah syarikat tempatan itu mengaku mengagumi ajaran Islam.

"Mereka telah berbuka puasa dengan kami selama beberapa hari dan mereka semua sepakat untuk memeluk agama Islam," kata Pengarah Pejabat Bimbingan Islam, Sheikh Salim Al Maabadi dipetik laman Eramuslim.

Sebelumnya, bulan Ramadhan menjadi momentum hidayah bagi kira-kira 20 orang pegawai ekspatriat di Hospital Universiti King Abdulaziz, Riyadh.

Usai solat tarawih, pada Selasa lalu, para ekspatriat yang kebanyakan berasal dari Filipina mengucapkan dua kalimah syahadah.

Mereka didampingi seorang penceramah agama dari Filipina, Gaddy Albani ketika majlis mengucap dua kalimah syahadah.

Imam masjid agung di daerah Dubhat, Malaz, Sheikh Turky Qelaiway mengumumkan berita itu kepada para jemaah selepas solat tarawih.

Para jamaah masjid memeluk para ekspatriat tadi, sementara yang lain mengambil gambar dan merakam majlis tersebut.

"Ini adalah masa untuk bersukacita bagi semua jemaah yang bersama kami malam ini. Saya bangga padamu dan semua orang senang untuk menyambut anda sebagai saudara baru dalam Islam," kata Qelaiway kepada Arabnews, Khamis lalu.

Share on Myspace