1,400 maut akibat cuaca panas di Pakistan

HARAKAHDAILY | .

JUMLAH angka kematian yang disebabkan oleh gelombang panas terik yang melanda wilayah Sindh, Pakistan selama lebih seminggu ini terus meningkat. Angka korban minggu ini sudah mencapai 1,400 orang.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Sindh Hasan Murad, hampir 1,200 orang telah meninggal kerana serangan panas dan penyakit di bandar pesisir Karachi sejak 20 Jun.

Ketua Menteri Wilayah Syed Qaim Ali Shah mengatakan bahawa awal minggu ini lebih dari 200 orang juga tewas di daerah-daerah pedalaman Sindh.

Seorang pegawai kesihatan senior yang tak mau disebutkan namanya mengatakan kepada Anadolu Agency bahawa jumlah korban tewas sebenarnya boleh lebih tinggi kerana ratusan korban jiwa di daerah-daerah terpencil sudah dilaporkan.

"Angka-angka yang dilaporkan oleh media berasal dari hospital besar," katanya dipetik laman Islampos.

Menurut pegawai hospital, sebahagian besar mangsa adalah buruh dan mereka yang tiada tempat tinggal.

Hal ini disahkan oleh Edhi Foundation, sebuah NGO kesihatan, yang menerima lebih daripada 200 mayat yang tidak diiktiraf di Karachi sejak 20 Jun.

Faisal Edhi, ketua operasi Edhi Foundation berkata kepada wartawan Sabtu bahawa 140 mayat yang tidak diketahui dikebumikan di tanah perkuburan beramai-ramai, sementara 60 yang lain masih terbaring di bilik mayat NGO yang menunggu pengenalan.

Share on Myspace