Israel halang Freedom Flotilla 3, arah ke pelabuhan Ashdod

HARAKAHDAILY | .

Jawatankuasa kempen Eropah untuk mengangkat sekatan Gaza mengumumkan Tentera Laut Zionis Israel kembali menghalang misi kapal Freedom Flotilla pada dini hari ini waktu Palestin, dan memaksa mereka ke pelabuhan Ashdod Israel, lapor laman Eramuslim.

Seperti yang dilaporkan oleh Channel II Zionis Israel bahawa pasukan khusus Zionis Israel berusaha sekeras mungkin menguasai 5 kapal Freedom Flotilla yang sedang belayar ke Gaza tanpa adanya serangan fizikal dengan para sukarelawan.

"Selamat datang di Israel. Anda semua telah salah arah tujuan, dan tugas kami sesuai dengan undang-undang antarabangsa adalah mengawal kapal kalian," ujar komander laut dalam video rakaman eksklusif yang diperoleh Channel II Zionis Israel.

"Jika kalian ingin mendirikan hak-hak asasi kemanusiaan, kenapa kalian belayar sejauh ini hanya untuk menyokong pengganas di seberang sana. Kerajaan Zionis Israel menyarankan bantuan yang ingin kalian sampaikan hendaknya dihantar melalui jalur yang benar," tambah jurucakap Zionis Israel itu.

Sementara itu dalam keterangan jurucakap IDF di Channel II mengatakan bahawa tidak ada mangsa yang cedera dalam operasi senyap tentera Israel pada awal hari ini, dan mengatakan telah membawa 5 kapal yang ditahan ke pelabuhan Ashdod.

Sebanyak 70 aktivis kemanusiaan dengan 5 kapal (2 kapal untuk menangkap ikan dan 3 kapal layar) yang mengandungi bahan bantuan kemanusiaan ikut serta dalam ekspedisi ketiga Freedom Flotilla yang berlepas dari pelabuhan Creta pada Jumaat malam waktu tempatan.

Share on Myspace