Kabinet baharu Muslimat PAS seimbang

| .

BARISAN kepimpinan DMPP sesi 2015/17 yang telah pun diumumkan menampilkan kepelbagaian latar belakang pendidikan & profesion. Di antara 25 orang aktivis muslimat yang telah dipilih :

a. 27% adalah dari Asatizah (agamawan)

b. 33% adalah dikalangan professional (doktor falsafah, doktor perubatan & pengamal undang-undang)

c. 40% dari separa professional yang merupakan aktivis parti.

Gandingan kepimpinan yang seimbang ini diharapkan dapat membawa DMPP ke arah masa depan politik yang lebih mencabar dan inklusif. DMPP juga menonjolkan pakar motivasi dan 4 muka baru.Dr Wahibah menumpukan aspek tarbiyyah, Dr Wan Maseri mengendalikan bidang penyelidikan & pembangunan, Dr Hani Ali bertanggungjawab bidang pengurusan IT sementara Dr Azimah bidang pengamal undang-undang dimana mereka ini adalah merupakan doktor falsafah. Gandingan 5 orang doktor perubatan diharapkan dapat memberi khidmat dari sudut kesihatan, keluarga & kemasyarakatan. Lapan orang wanita muda akan memberi platform yang baik kepada golongan remaja untuk berpatisipasi sesuai dengan citarasa jiwa remaja.

DMPP akan meneruskan usaha-usaha mengarusperdanakan gerakan muslimat dalam menangani semua aspek yang melibatkan wanita terutama institusi keluarga, pendidikan, kemasyarakatan, politik dan ekonomi.

Kabinet kali ini juga mempunyai keseimbangan peringkat umur iaitu:

a. 33% adalah berumur 26 -39tahun

b. 30% berumur 40-49tahun

c. 37% berumur 50tahun ke atas.

Gandingan kepimpinan dari pelbagai latarbelakang & peringkat umur ini meletakkan DMPP sebagai wadah yang menghubungkan PAS dengan semua peringkat generasi terutama yang muda remaja seperti Gen-3, Gen-X dan Gen-Y.

DMPP melahirkan perasaan dukacita terhadap satu berita yang tidak bertanggungjawab dalam The MalaysianInsider (TMI) 30hb Jun, 2015 yang bertajuk “Wanita PAS “Buang” Golongan Progresif...”. Berita ini tidak benar sama sekali. DMPP bersifat terbuka dengan menawarkan mantan ketua DMPM, YB Siti Zailah untuk bersama-sama kepimpinan baru dan menggerakkan DMPP menuju mercu.

Pihak kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terimakasih yang tidak terhingga di atas usaha gigih dengan pencapaian yang memberangsangkan sepanjang kepimpinan YB Kak Lah. Semoga Allah SWT menilai dan memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya sebagai bekalan menuju akhirat. - HARAKAHDAILY 1/7/2015

(Wan Hasrina Wan Hassan ialah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia)

Share on Myspace