Mengapa cakap mengikut nafsu?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Apa yang dibicarakan di dalam Al-Quran akan berulang kembali di sepanjang zaman, cuma watak dan nama sahaja yang berbeza.

"Kita mesti berusaha untuk memastikan ciri-ciri orang yang beriman seperti apa yang dilakar di dalam Al-Quran akan terpancar di dalam diri kita.

"Mesti minta Allah melindungi kita daripada ciri-ciri orang yang mengingkari perintah Allah SWT," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook.

Menurutnya, manusia akan hidup di dalam keadaan meraba-raba apabila berpaling daripada Al-Quran.

Tambahnya, ia menjadikan hidup serba tidak kena, cakap mengikut nafsu dan kadang-kadang akal mendahului wahyu.

"Kita tidak resah di dalam hidup jika sering berdamping dengan Al-Quran kerana ia menjadi penawar yang mujarab.

"Semoga roh Al-Quran menerangi kita di dalam hidup untuk terus berjuang," ujarnya. - HARAKAHDAILY 6/7/2015

Share on Myspace