Insya Allah kita akan buka sekatan zionis - Hamas

HARAKAHDAILY | .

Wakil ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh berkata, Zionis Israel tidak akan memulakan perang baru di Jalur Gaza dalam waktu terdekat ini.

Beliau menyatakan perkara itu dalam sebuah pengumuman selepas menunaikan salat tarawih di Masjid Syuhada pada Sabtu lalu.

Dalam pengumumannya, Ismail Haniyeh berkata, Zionis Israel telah memberitahu pelbagai pihak bahawa mereka tidak mahu memulakan perang di Jalur Gaza dalam waktu terdekat ini.

Ismail Haniyeh menambah, Ramadhan tahun lalu tedapat keputusan untuk memerangi Jalur Gaza dan pada tahun ini sejumlah tokoh mereka memutuskan untuk menjauhi perang.

"Insya Allah kita akan membuka sekatan Zionis Israel, kerana tahun ini dan tahun-tahun akan datang adalah masa rakyat Gaza menuai hasil kesabaran yang telah dilakukan selama 8 tahun terakhir," ujarnya dipetik laman Eramuslim.

Pasca memenangi pilihan raya Parlimen dan mengangkat Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri Palestin pada tahun 2006 lalu, pemerintah Zionis Israel memutuskan untuk memboikot Jalur Gaza yang berada di bawah kekuasaan Hamas.

Share on Myspace