Dewan Muslimat hargai kakitangan Harakah

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) hari ini menghulurkan sumbangan berupa hamper kepada kakitangan Harakah sebagai tanda ukhuwah.

Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika menyampaikan hamper tersebut berkata DMPM sentiasa menghargai usaha yang dilakukan kakitangan Harakah.

"Sumbangan yang tidak seberapa ini sebagai tanda ukhuwah DMPM dengan Harakah dan kita mengharapkan jalinan ini akan berterusan," katanya pada majlis ringkas di MyHarakah Bazar. Turut hadir adalah Setiausaha DMPM, Kartini Ahmad.

Sebelum itu, tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah.

Beliau menekankan agar para hadirin memburu malam al-Qadar. - HARAKAHDAILY 7/7/2015

Share on Myspace