DHPP diberi perhatian khusus - Presiden

| .

PENGKALAN CHEPA: PAS akan memberi perhatian khusus kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memandangkan mereka merupakan sebahagian pendokong parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, apa yang dilakukan PAS terhadap DHPP selaras dengan tuntutan agama.

“Kita menyantuni DHPP bukan atas dasar politik semata-mata, sebaliknya tuntutan Islam yang mengajar penganutnya membela nasib golongan itu.

“Nabi Muhammad SAW mengajar orang Islam membela golongan bukan Islam yang disakiti. Kita wajib membela mereka sebagaimana ajaran al Quran,” ujarnya pada majlis Amanat Khas dan iftar bersama presiden di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini petang semalam.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Hadir sama Pengerusi DHPP Kelantan, Lim Guan Seng, Pegawai Khas Menteri Besar, Lau Chin Chua dan pemimpin masyarakat serta lantikan politik. - HARAKAHDAILY 7/7/2015

Share on Myspace