Mohamad Sabu menang kes Mat Indera

| .

 

BUTTERWORTH: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Majistret Butterworth atas dakwaan membuat kenyataan fitnah berkaitan serangan komunis di balai polis Bukit Kepong pada 1950.

Hakim Mahkamah berkenaan, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membaca kenyataan kes dalam masa tidak sampai satu minit dengan mengambil pandangan berbagai hujah dari peguam ke dua belah pihak.

Setelah hakim membaca keputusan kes yang berlarutan selamat empat tahun itu kedengaran suara takbir bergema dengan iringan amin dari para pemerhati tegar yang hadir setiap kali pembicaraan diadakan.

Mohamad yang juga belas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata, beliau bersyukur terhadap keputusan berkenaan walaupun terpaksa menghadiri pembicaraan selama empat tahun.

Katanya, semua ini peranan peguam sebab merekalah hujahan yang mengatakan Mat Indera Komunis tidak berasas dan perlu ditolak.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai setelah empat tahun turun naik mahkamah Butterworth akhirnya keputusan menyebelahi kita. Terima kasih semua peguam yang menggunakan hujah yang bernas. Begitu juga wartawan yang tidak jemu menyiarkan berita setiap kali pembicaraan, " tegasnya.

Sementara itu, peguam Hanipa Maidin dalam ucapan ringkasnya menjelaskan, sekarang terbukti apa yang diperkatakan oleh Mohamad adalah satu kebenaran yang diselindungi daripada umum.

"Keputusan ini satu peristiwa untuk membetulkan keadaan sejarah sekaligus menangkis bahawa Haji Mohamad Sabu memfitnah keluarga polis Bukit Kepong, " tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang. - HARAKAHDAILY 8/7/2015

Share on Myspace