8,842 kanak-kanak bawah 18 hilang sejak 2011

| .

KUALA LUMPUR: Sebanyak 8,842 kes kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun dilaporkan hilang daripada 2011 sehingga Mei tahun ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 8,441 berjaya ditemui.

"Jumlah yang masih hilang agak tinggi dan membimbangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Portal Kanak-Kanak Hilang' di sini, hari ini.

Portal yang boleh diakses mulai hari itu merupakan usahasama Jabatan Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Berbeza dengan sistem NUR Alert diwujudkan pada 2011 bagi membuat sebaran pantas berkenaan maklumat kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang hilang, "Portal Kanak-kanak Hilang" membolehkan orang ramai menyemak dan menyalurkan data kanak-kanak hilang secara 'real-time'. - Bernama

Share on Myspace